Burung jenis bul-bul ini tidak cerewat memilih makanan beri apa sahaja semua dia taram tapi ada beberapa jenis makanan yang baik untuk burung jambul.
i) Untuk tujuan pertandingan - makanan yang baik ialah jenis gold cup yang dibuat di Singapura. Makanan ini agak mahal sedikit lebih kurang RM 2.00 - 3.00/ 120g. Saya rekomen beri yang ini sebab kandungan proteinnya tinggi. Kalau nak jaga suaranya tidak pecah makanan ini baik sekali. Kalau tak larat cari makanan ikan jenis yang tinggi proteinnya ( 43% protein) yang berbentuk bulat-bulat kecil dan warnanya dark cokelat. Baunya agak kuat. Awas, kalau jambul dah biasa makan dedak 203-C berilah sedikit-demi sedikit supaya ia bertukar makanan perlahan-lahan. Jangan paksa jambul tukar makanan serta merta nanti gol pulak dia.
ii) Jambul memang suka makan buah terutama buah2an tempatan. Selang selikan buah pisang dan betik. Kalau ada duit lebih belilah epal atau buah lai ataupun buah pear yang masak dan lembut. Buah-buah import kena hati-hati jangan sekali-kali terus diberikan pada burung kerana buah2an tersebut banyak bahan kimianya yang kita tak nampak. Baik kiranya buah epal atau lai direndam dalam air garam beberapa minit dan kemudian dibasuh dengan air bersih dan diberikan pada burung jambul. Kalau diberikan terus, bahan kimia di luar kulit akan menyebabkan jambul mati. Ini cukup sensitif bagi pembela serindit dan juga bayan. Kalau tak dibasuh burung boleh mati dalam beberapa hari.
Pisang yang baik ialah pisang emas tetapi kulitnya nipis dan mudah jatuh apabila digantung. Kalau nak tahan sampai kering, gunakan pisang nipah dan jangan sekali-kali beri makan pisang separuh masak. Berilah yang masak-masak betul. Cubalah petua ini.
(Sumber:
Merbah Jambul Sri Mas)
kawan-kawan ada pengalaman boleh kongsi ya. :)
No comments:
Post a Comment